Saturday, December 4, 2010

23 November 2010

salam semua, ada apa dengan tarikh tu Mif..?? Actually, ini adalah permulaan hidupku di Pengkalan Chepa, Kelantan. Disana Mif akan didedahkan dengan tajwid dan makhraj al-Quran. Mif akan belajar disana selama 21 hari. Begitulah kalau pada perancangan asal, tapi Mif cuma dapat belajar selama 10 hari sahaja disebabkan beberapa perkara yang lagi penting.

ok lah, nak tau apa Mif buat semasa di sana?? Actually is really fun to learn more about our religion. If we try to let out heart and mind free to accept it. Seriously, not all person love to learn about religion. Some of people said, its to boring. Actually, it depend on our self how we treat it. Same during in the class, learning about history, mate and so on. If we set that is tough and boring and just waste our time. So the good knowledge will be waste.

ok lah, on the first day at there. Mif bangun pukul 4.oo pagi..!!! oh gosh, memang mata macam panda la. Tapi takpelah. Mif kuatkan semangat untuk bangun pagi. Jumlah peserta perempuan yang mengikuti kem ni adalah seramai 17 orang. Mereka ialah Ainul Amirin, Tasnim, Arissha, Sayyidah Nafisah, Naili, Shafiqah, Ikah, Ain, Asbi, Syamimi, Syamimi Auni, Fathiyah, Atriyah, Amani, Najibatul Islahiah dan Effa.

16 orang ni mempunyai pelbagai ragam. Seriously, amat susah sekali nak jaga adik perempuan. Mif kan ada sorang je adik perempuan. Jadi bila kena jaga 16 orang, memang payah sangat. Dengan bergaduh, merajuk macam2 lagi la. Actually nak layan karenah budak kecil dengan remaja memang susah. Kalau budak kecik, kita marah diorang da faham. Tak payah nak larang banyak kali. Tapi kalau remaja. Jiwa mereka inginkan kebebasan. Yerp, macam aku dulu. 

Zaman remaja ni lah, permulaan mengenali diri sendiri. Bak kata orang, zaman tengah cari identiti la gitu. Zaman ni la nak mengenali erti cinta. Nak try itu n ini.

Kadang-kadang lawak juga tengok diorang. Terdetik kat hati, hmm aku dulu mesti lebih kurang macam diorang jugak. Kat sana diorang panggil Mif, Kaktah. Macam2 la diorang tanya.Antaranya

Kaktah, best ker bercinta?

Cinta??..kalau awak nak jadi baik. Baik awak jangan cuba. Sebab ape?? Kalau pasangan awak tu baik n tau pasal agama, tau batas2 kira awak beruntung. Kalau dia totally different macam akak cakap. Amat susah nak handle. Memula kita kata tak nak, lama2 bila da terbiasa. Susah nak bendung. Seriously, kadang2 ada la fikir. Kenapa kita bercinta n menginginkan dia. Bila kita da terima, terjadilah pergaduhan. 

Come on Girl.. Ask your self kenapa jadi macam tu. Pastu nangis2, sampai bengkak biji mata. Hahah, lawak kan..?? Saya jarang gaduh, sebab buat apa nak gaduh2 pastu nak jelez memanjang. Tak terkongkong ke? Bukan orang yang mengongkong kita. Tapi diri kita sendiri yang buat macam tu. Bagi Mif la. Nak kata Mif terer, tak la terer macam korunk. Tapi it based on my pemerhatian. Selalu terjadi macam tu.

Dulu la, bila kawan2 semua ada teman. Agak cemburu, tapi bila sekarang bila Mif fikir balik. Bodohnya lah aku ikut perasaan. Nak kata menyesal tu, ada la jugak. Sebabnya ialah bila kita tak jadi diri kita dan banyak menyakitkan hati orang. Tu yang tak best. Mif banyak menyakitkan hati orang, bila da tak suka. Tinggalkan dia macam tu. Tapi still rapat dengan mereka. Tapi bila time diorang perli tu, tahan je la. haha..

Ntahlah, dari kaple best kawen. Hahaha.. ada bunyi gatal tak. Best kahwin lagi. Tapi kalau nak kawin sekarang tak boleh lagi. Banyak lagi tanggungjawab dan cita-cita yang Mif kena kejar. Mif anak sulong, tak boleh nak ikutkan perasaan sangat. Setiap tindakan, semuanya kena fikir. Sebab, nanti sapa yang malu ? Parent kita jugak kaan?.. Mif tak baik, nampak macam baik, sopan ( orang kata la..) tapi dalaman tak sebaik rupaku. Bila difikirkan dosa2 lalu. Agak sedih la, tapi Mif kena kuatkan semangat. Apa yang telah terjadi semua ada sebab musabab nya. Tapi, kadang-kadang ada juga terdetik. Kenapa harus aku menerima semua ini. Cheewah...haha, ayat tak mau kalah tu. haha. Ntahla, tapi Mif selalu pesan pada diri. Semua perkara yang terjadi mesti ada penyelesaiannya. Tuhan tak akan menduga kita sekiranya kita tidak boleh mengatasinya. Betul tak semua??.. Betul, believe in yourself. Yerp, Chayook..!!!

K la, sampai kat sini ajela untuk malam ni. Banyak benda lagi nak share sebenarnya. Sambung esok la pula yer. ^^

Saturday, November 13, 2010

Futsal...!!!

Salam, hi to all. Mizz me??... what..!!! Yess..!! Mizz u too sayang.
Mif ni baru je balik dari tournament futsal di Rasau. Rasau?? Ala, dekat area Kerteh 2 n 3 tu..(ye ker??)

Hmm harini agak best even Mif jadi keeper jer. Ok la, join ni pon sebab nak keluarkan peluh. At least saya berlari jugak. Pada mulanya, Mif mewakili Kampung 48, ala area pasar malam ari isnin tu. Tempat blaja baru kita tu. Ha..!! pandai kat situ la. Actually Mif ni reserve jer. Tapi disebabkan kampung Molek takda wakil, jadi reserve Kg. Batu 48 iaitu Mif, Syikin, Kak Na n anak saudara Kak Na terpaksa la jadi team Kg. Molek. N ada 2 org dari kg seberang. Kampung ape??..Mif pon lupa, nama dia Achik n Ema.

So kami pon berlawan la, 1st kami berlawan dengan Team Bukit Besi, seri 2-2, after that berlawan dengan kampung Nyoir (gitu ke eja dia..?? lantak la). Tapi malangnya kg tersebut tak hadir. Jadi menang tanpa bertanding. Lepastu last skali kami berlawan dengan Kg Tanah Merah. Time ni, Mif jadi reserve je.

Ingatkan kumpulan kami tak dapat p Terngganu, akhir bulan 11 nnti. Tapi ialah mungkin rezeki kami. Jadi kami berpeluang la bertanding disana nanti, mewakili Kg. Molek. Untuk pasukan asal Mif iaitu Kg Batu 48, kami tak Berjaya tapi nanti kami akan ubah balik kedudukan tersebut. Doakan kami menang yerp. ^^

Bila da join bersukan ni, rasa seronok pula. Sebab Mif ni bukan seorang yang minat sukan. Terutamanya bola, sebab dulu masa sekolah teknik. Muka ni asyik kena tampar dengan bola je. Sakit kot. Dulu suka main rounders, I love rounders. Kalau kat uitm ada, insyaallah Mif join.

Hmm, badan pon sudah wangi sangat. Satu badan da rasa sengal ni. Jadi stop sampai sini sajalah. Daa… love u all ^^

Wednesday, November 10, 2010

Mataku Sakit..~~ -_-

hi guys, notin to said, just wanna share something ^^


Early in the morning after i sent my lil sis to her scool, then i open my fb--> ape ayat aku nih..haish


lupakan...lupakan perkara diatas, ^^ ( ape miftah merapu ni?? )
begini ceritanyer, tadi macam biasa bila buka fb, stalker la org. I love that so much, damn mmg suka. Lepastu ada la baca dekat satu wall ni, dia quiet femes la. Nak bagitau nama ke tak, hmm biarlah rahsia kot. Dia agak frust la kenapa orang tak kenal dia n mengata dia kan..?? kan..?? 


                                                                        sweet kan..??


Ok murid-murid sekalian, sila buka buku Organizational Behaviour k. Page tengok la sendiri dekat intro tu. Sebab lain edition lain page ye sayang. Buka chapter PERCEPTION ok...Bagus, sy doakan kamu A+ dalam OB.


ok mengenai permasalahan diatas, ia disebabkan oleh kita punya persepsi sendiri. Perception terbahagi kepada 2. Dari segi positif dan Negatif ye semua. Ok lah perception ialah satu proses dimana kita menerima dan membuat andaian tentang environment kita. Tak kesah la ape-ape je. Yerp, macam individu. Tapi awas, bila -ve perception yg sengaja dilakukan ia akan membentuk stereotyping then prejudice.


ia amatlah bahaya sekali, sebab ia akan membentuk satu fitnah;




Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
ok berdasarkan firman diatas jelaslah bahawa, berdosa ok kalau kita menfitnah dan mencari kesalahan orang lain ( untuk diriku juge). Yerp, memang pon. Orang tak akan pernah puas, dia takkan senang, sampailah kita gagal. Dahla Fail exam, pastu jatuh tangga, then terjatuh atas tahi lembu..Ouch sungguh dasat sekali. Bila da terkapai-kapai baru lah orang senang, seriously mmg mcam ni. Bila kita perlukan bantuan, kalau dia nak tolong pon mesti ada somting wrong somewhere. 
Please la, rule no 1 in our life, dont ever-ever believe a person. Then second rule is, follow rule no 1 k. Susahkan hidup ni, tapi biasa la hidup. Tuhan takkan menduga seseorg itu, sekiranya dia tidak dapat mencari penyelesaiannya. Jadi setiap masalah yang datang mesti ada penyelesaiannya. Macam main cantum gambar la. Memula kita tak pasti, gambar apakah itu, tapi selpas kita berfikir. AKhirnya permasalahan itu terjawab. Itulah hidup, justt enjoy your pain k.
Hmm Kak Mif, da macamana kalau kita nak elak perception yg jahat tu ek...?? Saya bingung..
Mujur bingung, kalau bengong tak tau lagi susah. Ok lah, kalau mif la kan. Bila terjadi sesuatu isu, biasanya sya lebih suka check whether betul ke tidak perkara tersebut. Masa Sem 5 ada la blajar Critical Thinking. So kita as a human tak boleh la trima je semua info then buat andaian yang ntah apa2. Bila ada sesuatu info yang hot, meletop, boombastik, kita kena selidik dulu. Bila kita check, ooo macam ni cerita nya. Masa tu baru boleh kita boleh buat kesimpulan. 
Dalam dunia politik terutamanya, kita sebagai pengundi kena selidik dulu. Betul ke cerita tu, rajin2kan tangan buka perlembagaan negara. Ni kalau org tanya Akta 153, 152. Ternganga, tak tau apa2. Jangan membabi buta terima sebulat-bulatnya. Please jangan pro sangat k. Bila kita da taksub jadi la streotyping. Macam orang tak berilmu je. Geram gak kadang2 dengan org macam ni. Narrow minded sangat. Ntah papa ntah. I benci U...!!!
Second thing yang kak mif akan buat la kan, biasa nye positive thinking. Bagi saya, nobody perfect. Biarlah dia buruk perangai macam tu, saya doakan dia berubah dari saya buat cerita yg tak tau pasal tentang dia. Dosa pon dapat kan. Bagi mif  la, Mif tak sempurna. Jadi tak da hak saya nak mengata n mencari keburukan seseorg .Takda masa, Banyak lagi benda nak kena pikir. Baik fikir diri sendiri dari pikir tentang org lain.


ok lah....To her, biasalah. Bila mata orang da sakit melihat apa yang kita ada. Dengki pasti timbul dan macam-macam la dia buat untuk tarik perhatian orang. its common sense. Benda biasa kot. Ok lah, mataku sudah sakit mengadap laptop ni. Sebab nyer semalam imaginasi hidup susah. So cry-cry la. Nonsense kan, Berlakon gitu. Hahaha...Itulah aku yang suka berangan. 
ok..papehal kita share lagi k. Mau kemas umah, Sakit mata melihat kesepahan ini...^^
love ya...

Tuesday, November 9, 2010

Rilex Time...!!!

salam...hi to all, im very happy now..guess what?? my final is over...!!! haha..just for dis semester..haish..but its quiet re leave...huaah..haha,...so sengal...!!!...even tadi balik rumah tengok rumah bersepah gila, hangin satu badan aku.  Ape lagi membebel sambil buat kerja, haish..bukan nak marah sangat rumah da kotor takkan nak biar aja kan. Setelah pot pet, siap sudah kemas rumah. Umi n buya p KL lagi, kali ni Asyif ikut sekali. Agak ringan jugak, sebab dia tu suka makan..haha... esok baru umi n buya balik.

ingat cuti sem ni nak p KL nak tengok stok untuk jual sem depan. Tapi terpaksa tergendala sebab join tournament futsal. sejak bila miftah aktif ni?? haha sejak hari ni la. hehe...cuti2 ni ingat nak rest, tapi busy jugak, sebab arini p training, esok plak ada baca yasin dekat Kerteh, lusa tournament,...oh gosh lupa..!!! sabtu kena p Paka ada KRT. haha, da macam wakil rakyat da aku ni. Dulu tak nak la join politik, da disebabkan tada orang yg nak pergi, aku terpaksa la join. Even hati tak nak. Tak pa la, umur da meningkat, tapi tada effort pon da aku buat..its ok la sayang...tada hal, small matter...

hmm da kering ke belum kasut aku ek, haha...tumit tercabut, nak beli yg baru. Fulus nak guna untuk beli stok, tak leh pakai...hmm, kena la saving, tapi tak jugak rasa nya. Ingat tak nak la usik duit dekat ASB, rasanya pakai jugak ni... Takpe la.. ambik sikit la,..pastu pinjam dengan PAMA bank,..hehe..

k la nak p bersiap, jap agi nak p Rasau, ada training... ^^ 
wish me all da besh..

Tuesday, November 2, 2010

HappYness

salam..hai to all my beloved person...yeah..U..!!.why still doubt bout that..naa~~ i love all,...


apa sebenarnya tujuan aku menaip ni ek..?? still thinking...ting..Ting..tinG..!! haa datang pon idea. Ia sebenarnnya tentang cita-cita yang masih tak tercapai. Agak cemburu kepada mereka yang telah berjaya menggapai cita-cita mereka. Macam belajar di oversea, tak kisah la kat mana2. Malaysia memang best, tapi biasa la sifat tak puas hati dan tak reti bersyukur sentiasa hadir. 




best kan..??




Tadi, macam biasa la "stalker" orang, haha. Satu pekerjaan yang amat aku suka..!! :)..hee~~ best kot tengok gambar orang. Terutamanya yang cantik, kacak, pandai, baik...waa..!! Bila tengok je, rasa hati ni macam tenang je. Dan mcam-macam la spekulasi berlayang dalam otak ni. Bestnye la jadi cantik, bestnyerla kalau dia ni jadi husband kawan kita, best la ini, best la itu. Hello my dear self, U ni bukannya baik sangat pon. Sedar diri tu sikit..!! Ishk, kasar nya la bahasa dia. Ok, ye la. saya tak baik =(... woo sedey, kenapa la saya ni bukan budak baik ek??...Nak jadi baik, tapi...banyak dugaan --> owh, shit..!! that is an excuse that really annoying u know that..!! OK LA...!!!! saya tengah cuba ok..!!!... Sedang...Ouch, sedih nyer la. Even bermonolog dengan diri sendiri.


Banyak lagi impian yang tak dicapai lagi. Moga termakbullah ia. Amin..~~ Susah juga ye nak jadi Miftahul Jannah Mohamad ni, banyak dugaan, suka dan duka. Banyak duka, tapi itulah yang paling seronok dalam hidup ni. Mesti korunk terfikir, apa yang best dengan cabaran, dugaan...duri tu..TAJAM kot, salah sikit konfem luka...Pelik kan Mif ni. Bagi Mif, happyness tu sekejap sahaja. Macam bercinta la, sekejap je happy. Tu untuk orang lain, bukan diri saya. hahah..perasan kan...haha...aduhai..ntah la dalam soal bercinta...STOP..!!ini bab lain la miftah sayang...owh ye ek...


hehe..ok sambung cerita balik semula ok... kebahagian ini sekejap sahaja. Tetapi ia bergantung kepada individu, pasangan serta kumpulan tersebut untuk mencorakkannya. Faham tak??..Macam ni la, Kebahagian itu kita boleh terapkannya dalam setiap saat, minit, jam. Macamana??


1) Jangan berprasangka..yerp itu amat penting sekali. Seronak ke hidup ini, sekiranya setiap masa kita fikir orang tak suka kita dan sudah semestinya lah pelbagai andaian yang ntah papa yang akan dibuat. Macam buya saya cakap, jangan fikir benda remeh yang tak jadi lagi. Banyak lagi benda besar yang bakal terjadi dan depan mata kita. So Stop making an assumption, that make u hurt.


2) Sentiasa bersyukur, syukur tu penting. ape ek dalam bahasa arab...syukur la..!! bukan..ala, gini maksud saya. Kita dipadankan dengan seseorang yang sederhana, dan banyak cita-cita n impian yang tak tercapai. in term of "kebendaan". Jadi sebagai isteri atau suami mestilah bersyukur , dan terima semua kebaikkan dan kelemahan. Nilai balik semua yang tuhan bagi in term of rezeki la...


(haish...sape la malam2 buta ni tekan loceng ni...malas plak nak buka..Syahil rupanyer-adik)


nombor seterusnya,...ntah la...idea da tada...actually da malas nak goreng. 


3) change toward +ve attitude, emotion n so on la..
4) Always think that, no body perfect. so why should us to judge someone. Macam la kita ni baik sangat.
5) Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif..yerp..macam bilik yang kemas dan bersih. Seriously, ada beza itu. Cuba lah...


semua perkara di atas, adalah pandangan saya sendiri. Sekiranya anda, anda dan anda tidak bersetuju. Tak apa la. Itulah moral yang saya dapat dari hidup saya ni. Actually banyak lagi, tapi masa tidak mengizinkan. Sekarang sudah nak dekat pukul 12 tengah malam. Esok kena anta adik p sekolah. So kena tido awal. sebab nak kena stady Organizational Behaviour. Lusa Test..hoho..apa la Mif ni.. Sempat lagi update blog. Actually nak ambik feel, kan OB tentang perkara disekeliling kita. If we adopt it, Insyaallah senag sikit nak faham.. ^^..


nite all..LOVE YOU... (^-^)v


(p/s: sory la, macam tak ada linkage je kan..hee..~~)

Saturday, October 30, 2010

Happy Birthday..

selamat hari jadi buat saya..!!!
saya happy jer hari ni, yang tak best nyer kena jadi babysitter for a week!! Can u imagine that, in this final week i had to take care of my brothers and sister. Masa mula-mula dapat tau Ummi n Buya nak p K.L, agak sedey n stress. Tapi, tak pe la i take it with open heart. Chewah, poyo la Mif ni. Ummi pon bagi la Ferraro R ocher, suka sangat. Even hadiah tu tak seberapa, tapi ia dapat mencooling downkan hati ini.


Bila fikir positif sight, buya pergi pon sebab nak cari rezeki. So sebagai kakak yang baik dan bertanggungjawab. Mif kenalah pikul tanggungjawab ni. I LOVE MY PARENT...!!! Tapi Awas, jangan sesiapa berani mengguris dan mangacau saya. Sebab saya seorang yang jenis tak dapat mengawal Intelligence Emosional..hee~~


Ada jugak yang kena marah nanti. hahaha...garangnyer Kak Mif ni...haa..!! tau takpe.Mekasih. Semoga Allah memudahkan jalan ini... Aminn...Camne ek org yg da berkahwin dan sedang belajar??..tak chaos ke kehidupan mereka??...i cannot married and have a baby during study time. I think ...but tak tau la..tak pernah tempuh lagi...


k la mau siap diri ni, yg da wangi sangat. Baru lepas masak for lunch ni sebenarnye..buchuk sudah..k after this i want to take my sibling at school.. da macam mak orang da kan???...hee..~~

Friday, October 29, 2010

I am Miss Perfect..!!!

salam...hi, disebabkan tengah STRESS dengan exam dan orang disekeliling. Terasa nak menulis, hurm...susah kan nak jadi manusia. Bila kita buat salah sikit, terus orang akan kesan n BLAMING,...macam la dia tu bagus sangat. Patutlah ramai sangat orang sayang kat ko ek. aku heran, sangat2 heran...



memanglah tak semua manusia sempurna dan sentiasa melakukan kesalahan. Tetapi, jangan lah syok sendiri, rasa kita tu baik sangat. Baikkah aku??..Kamu..?? Dia...?? n Mereka...?? aku selalu la pujuk diri, takpelah dia buat macam tu, da memang sifat dia begitu. Tapi, kalau da selalu, tak ke sakit hati, makan dalam, makan hati..huh..makin BENCI adalah. Fine, takpe lah kalau macam tu. 


Bak kata orang, sabar tu bagus. Tapi sampai affect pada result, macamana? Aku kena jumpa kaunseling ker? Macam orang tengah ada tekanan emosi la plak. Hurm, Ntah la labu, betik rasa biar aje la. Hopefully someday, a person will tell "tut" about "tut"self. Hopefully la. Macam belajar dalam Organizational Behavior,direct dialogue are not best for some culture. Yerp, we are malay, so quiet tough lor.. raser nak bagitau je, tapi rasernyer kalau aku luah. Konpem dia akan heboh satu dunia keburukan ak. Wei, ada aku kesah ko nak heboh, macam ko bagus sangat. Tapi in islam perspective, tak boleh la macam tu. berdosa kot kalau tak berkawan dengan orang lebih tiga hari. Dalah banyak dosa, tak da masa nak menambahkan dosa yang berlambak ni.

sabar, Ya ALLAH berikanlah ketabahan dan kekuatan. Andai ini adalah balasan buat diriku yang banyak melakukan dosa. InsyALLAH aku akan menerimanya. Tapi, tu la mulut ni jahat sangat rasa, suka mengadu. Hurm, susah jugak kalau duduk sorang ni. Tapi bagus jugak. At least boleh mencegah dari mengumpat orang, lagho blake..haish...

huh, lega rasernya...sorry too all, bukan ape im a lonely girl. Tak suka luah pada manusia, sebab tak semua manusia faham diri kita and kesian dekat si pendengar, mesti bertambah dosa dia. Tapi cerita kat blog tada dosa ker??...semua orang tau kot..hahah..bweek..malas ambik hal. Blog bukan untuk personal but to public. but ADA AKU KESAH KO NAK KATA APE???...

Saturday, October 23, 2010

Jika Terfikir Melakukan Maksiat

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual.  Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :  
  1. azab api neraka, 
  2. azab kubur, 
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan 
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta 
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w 
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  1. penceraian akan berlaku akibatnya, 
  2. pasangan zina mengandung, 
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu, 
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya, 
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?, 
  6. kejian masyarakat, 
  7. ditangkap basah dan diumum di media, 
  8. adik beradik mengeji, 
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati, 
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan, 
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
29 Julai 2009

Wish List ~~ =)

salam...hi all...ntah la nape ...tangan ni gatal nak tulis my wish list...
ok la...tak ksah la...ape ek wish list mif...


1) 3.7 and above =)...tu untuk diri sy 
2) Camera DHSLR ser... =p...tada ke pakwe kaya nak bagi..hikhikhik
3) PSP....ntah la..rase nak main game je rasernyer...bagi yerp... =(
4) Handphone baru...skali bayar untuk bil bulanan...hehe
5) Butik Online --> tu diri sdiri kna bagi...
6) Bahagia dunia n Akhirat...(ni sepatutnyer atas skali...hee)...tu diri sdiri je bley bg


ape lagi ek..ntah la...tak terfikir lagi...




tapi yg paling penting...mif bahagia dunia n akhirat...benda dunia ni skejap jerk...time dia ok n kita ada mood nak pakai dia..kita suka la...bila da boring tahap tertinggi..kita akan lupakan dia...huhu...human always being like dat... 

Emotional Intelligence ~~

salam....hi to alll....

skrg ni mif tengah hot n spicy..really2 hot...meluat tengok perangai org yg malas...i hate that...n bila da malas then buat muka bila kita suruh dia buat keje...then dengan memberi 1001 alasan...huuh..I REALLY HATE THAT...!!!!



seriously i cannot contol my stress...ble stress je smua org akan kena...n org yg bakal aku fire adalah org yg buat hati aku panas....that is bad thing about me....and the good thing bout me is susah nak marah  tapi bila da marah tak boleh nak control...then after a fifteen minutes i will be cold down...n dat's me...tngok da cool da skrg.... :)




tambah2 lagi skrg ni exam season..agak stress sgt2...i really hate someone that is not appreciate me,...i hate that very much...n sorry to said...if im your lover n u r not appreciate me..i will left u.... without any reason...im always do that...because for me that is the best way to solve the stress...sorry....mcam blajar organizational behavior plak..."avoiding"...

so the best person that i think suit to me is...seorg yg pandai buat ak cool...sbb ak hot..!! really2 hot..!!
first skali tengah mif hot...dia dtg n suruh mif duduk n jauhkan mif dr peralatan yg merbahaya.. :p
then hug me...coz that is best way to me...to soft pnye

kalau hard punye...simbah ais...konfirm cool...haha..ye ke...tak pnah kena lagi... ape ek rasernye..makin marah??...or cool...??.cool kot sbb ais tu sejukk...!!! haha...aduhai...sorry if ada org baca n raser cam ngarut je...b.coz dis is my blog ..hee..~~

(p/s: ada ke aku suruh kau bace...??..ada ak heran perasaan kau.. -ayat fahmi..)--> marah fahmi ek..dia yg ajar ak ckap ayat tu..haha..padahal ak mmg kasar pon... :p ...

k la nak p mamam meehun sup yg ak buat tadi...d.sebabkan rumah bersepah after ak kemas...tada slera nak mkan sbb da hot...haha..aduhai...mif..mif...mmg bad tempered... bila ak marah pipi ak akan merah...yer ker?? my brothers n sister always said that... so watch out to my future husband...jgan buat mif marah...buat la kalau berani...tak terkata nnti...haha :p

Thursday, October 21, 2010

Tanganku da Haus...~~

salam...hi semua...
huh penat betul...saakit gila tangan buat akaun....practice make perfect...
akhirnya..at last cash flow dapat settle n betul smua dalam masa 30 minit...!!! haha..suka sgt3...ishk...tak baik suka sgt...takpela..bukan ada org baca pon..hee~~~
nnt exam insyaALLAH cash flow dalam 35 minit n kalau lama sikit dkat publish...publish quiet tough...


mif akan cuba..cash flow just 30 minit ..then focus to publish...dari pagi sampai ke petang...akhirnya puas hati...kat cash flow je...kat publish..mayb 70% only...sbb bahagian tax tak berapa terror ...nnt WAJIB jumpa mam zana... =)...


petang tadi jiwa kacau sgt2...coz memikirkan dosa semalam...hmm..selepas baca yasin...feel soo calm...best sgt2...tak teringat pon hari ni hari khamis...esok kna fokus 100% pada MGT then...sabtu baru continue untuk CTU..yerp..insyaALLAH....


im happy now..but not too happy..because not cover all yet...


so skrg yg tak sentuh lagi:


CRG, PSA n MGT --> esok stady MGT plak..yerp..!!


2/5 FAR, 2/5 MAF n 1/4 CTU

Sunday, October 17, 2010

i Love BACC

salam....hi semua....
da lama mif tak update blog ni..busy sangat kot..hee~~~ budak BACC la katakan..
.(ramai org perli mcam tu..)

hmm smalam is my last assignment...FAR PROJECT babe...huh...akhirnya imbang n tak tau la betul ke tidak...
hope we can score for dis project...untuk pengetahuan smua...FAR or AKAUN subjek mmg subjek paling tough....FAR 400 especially....kpada sesiapa yg nak ambik BACC...kna buat preparation yg lengkap...dari segi rohani, jasmani n mental...it is because dis subject are too tough...or KILLER GILLER...ini bukan omongan kosong ini adalah FAKTA...

last sem in our campus 30% fail in dis subject,...yerp..SYABBAS smua...wee~~~( affect from this subject..!!)
tak pnah 100% pass...kalau la smua pass..huh...pecah rekod UiTM Dungun la...mst Tuan Pengarah buat majlis makan besar punyer... =p....suka3...n bangga..hope i will pass dis subject..n kalau la fail  pecah rekod hidup ak la...tak penah repeat...ouch..!!! minta jauh...amin...

sem ni dengan bangga n berbesar hatinye...mif nak bagi tau...mif fail test ETHIC..!!! aka CRG..yerp...TAHNIAH n padan muka sbb tak stady...aish....aduhai...kna speed da ni...

hmm jadual FINAL sem ni...


CTU 553 : 26 Oktober 2010
FAR 400 : 30 Oktober 2010
PSA 420 : 2 November 2010
MGT 534 : 4 Novermber 2010
MAF 420: 7 November 2010
CRG 520 : 10 November 2010